Keamanan
sesungguhnya bererti keselamatan, ketenangan, ketenteraman, kesentosaan dan
keselesaan. Sebaliknya huru hara bererti haru-biru, tidak aman, gempar, kebimbingan,
ketakutan, gawat, kacau bilau, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh dan tidak
tenteram. Maka keamanan mewujudkan keselamatan dengan cara mengambil semua
kemudahan dan mengawal daripada segala yang mendedahkan kepada bahaya.
Firman
Allah Taala:
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman
dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad ) bahawa Ia akan
menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka:
khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama
mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan
menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan ( dari
ancaman musuh ). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan
sesuatu yang lain denganKu. Dan ( ingatlah
) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang
derhaka.” ( Q.S. An-Nur:
55 )
“Orang-orang
yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman ( syirik ),
mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk.”
( Q.S. Al-An’am: 82 )
“Dan
( berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar ) Allah memberikan satu contoh:
Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah
dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu,
maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya
disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” ( Q.S. An-Nahli: 112 )
Apabila
kita membicarakan masalah keselamatan, keperluan kepada keselamatan itu perlu
diutamankan sebagaimana persediaan-persediaan yang telah lama dilakukan oleh
kuasa besar yang mendahului kita dalam pelbagai kemajuan, kemampuan dan
kemudahan. Malah dengan peralatan yang banyak dan canggih mereka selalu
melancarkan pakatan jahat bahkan bukan sahaja dalam bentuk provokasi tetapi
melalui ketenteraan. Mereka merancang, menyelidik, mengkaji, mengujikaji dan
akhirnya melengkapkan diri mereka dengan pelbagai sumber serta yang paling utama
dalam segenap pertimbangan mereka ialah melaksanakan misi.
Di
sini wajar dibentangkan sebahagian maklumat mengenai jentera Perisikan Pusat
Amerika (CIA) di mana dapat kita ketahui peranan yang dilakukan di lapangan keamanan.
Perisikan
Pusat Amerika atau CIA ( Central Intelligence 0f America ) adalah setelah
angkatan lautnya yang berada di Lautan Pasifik pada era 40-an telah diserang
oleh tentera Jepun. Akibat daripada pukulan itu, akhirnya hancur semuanya.
Daripada kejadian tersebut membuatkan Amerika menubuhkan Badan Perisik Pusat
Amerika supaya tidak terdedah lagi kepada serangan mengejut seperti itu.1
Bangunan
Jabatan Perisikan Pusat Amerika di Washington itu, letaknya di atas sebidang
tanah yang luasnya tiga hektar. Bangunannya tujuh tingkat, terdiri dari seribu
bilik, di mana sesetengah bilik itu boleh memuat lebih dari lima ratus orang.
Dan tersedia beberapa medan parkir yang dapat memuat sampai tiga ribu
kenderaan. Dan biaya membangun jabatan ini ( ditaksirkan ) lebih dari empat
puluh enam juta dollar dan dianggar
jumlah pekerja badan perisik di Washington ini sahaja sekitar sepuluh ribu
orang.2
Badan
perisik tersebut terdiri daripada ahli-ahli perisik, pakar ketenteraan, bijak
pandai umum, ahli kimia, ahli undang-undang, ahli ilmu jiwa, sarjana atom,
pakar-pakar politik, ilmu bumi dan ahli bahasa. Kebanyakan dari mereka boleh
bercakap dalam empat bahasa dengan mudah dan sebahagiannya mahir sehingga dua
puluh empat bahasa.
Jabatan-jabatan
intelligence ini menyiapkan berbagai karangan, rekod-rekod dan dokumen,
mikrofilem, memori elektronik, berbagai peta dan alat-alat terjemahan segera untuk
mana semua ini dapat menolong mengatur dan menyimpan maklumat yang disampaikan
dari seluruh pelosok dunia melaui agen-agen dan perisikan-perisikannya.3
Begitulah
berdirinya United State Of America atau kekuatan-kekuatan jenis lain di dunia
ini, sama ada kristian, Zionis atau Komunis, dengan cara pengamatan, risikan,
cara pengumpulan maklumat dan peruntukan yang munasabah. Jesteru itu segala
rancangan dan pakatan jahat terhadap Islam dan umat Islam, hari depannya
seperti kerja-kerja membiayai pemberontakan, pengganas dan mengambil alih
kekuasan, mengalih pandangan, mereka pelbagai isu, membuat-buat kejadian tragedi,
menerapkan pelbagai peraturan, mendirikan pelbagai pertubuhan untuk
dipergunakan bagi mencapai maslahat serta kepentingannya walaupun perkara itu
terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan bangsa itu sendiri atau menjadi
penyakit dalaman yang kronis baginya.
“Sesungguhnya
orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah
Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah
malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah
kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan
janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan
beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Q.S. Fissilat: 30)
Bersiaplah
untuk menghadapi zaman ini.
______________________
No comments:
Post a Comment